Assalamualaikum warahmatullah ...
Apa tujuan korang hidup ? Suka-suka ? Nak bahagia ? Atau apa ? Kadang-kadang terbit rasa sedih bila dengar jawapan "AKU HIDUP SEBAB NAK KAHWIN" , apa maksud sebenarnya ? Adakah maksud sebenarnya bila dia dah KAHWIN , maka dia tak kisah kalau ALLAH matikan dia sebab objektif hidup dia dah pun tercapai ? Mungkin jawapan itu niatnya untuk bergurau , tetapi .... HIDUP & MATI bukan benda yang boleh dibuat gurau ...
Adakah objektif hidup kita untuk ENJOY ? Kalau ya , well ... Bersedia je lah nak enjoy party dalam kubur nanti . Macam yang kita nampak lagi2 dekat bandar . Masa Uan temankan abang Uan gi Bukit Bintang (for the first time) ingatkan ada apa sangat dekat tepi kaki lima tuh ... Rupa-rupanya remaja tengah _________ buat apa-apa yang tak patut ... Bila Uan tunjuk dekat abang Uan ... dia kata " DAH BIASA SANGAT DAH" WOW! patutlah orang yang lalu buat tak nampak je ... TETAPI ....
Wajarkah kita buat-buat tak nampak ? Sikiiiiiiiiiiit pun takkan tak ada lansung rasa tanggungjawab? kalau kita tak fikirkan agama , at least tanggungjawab sebagai manusia ? Apeape jelah ...
Setiap orang ada pilihan masing-masing . Namun , jika kita ada pilihan untuk hidup berobjektifkan antara (sebagai contoh) kahwin , enjoy , dan makan ... sebenarnya pilihan itu seharusnya ada empat . Apa pula yang keempat ?
berjuang ke jalan ALLAH
Jihad Fi Sabilillah ! Kenapa perlu pilih antara tiga kalau kita ada empat pilihan ? Lebih kurang jugalah dengan kenapa perlu pilih antara netbook atau galaxy tab kalau kita mampu beli LAPTOP yang lebih banyak kegunaannya ? Kan ? Dan kenapa pula kita perlu kerja sebagai pomen atau mat despatch kalau sebenarnya kita ada ijazah kedoktoran ? Orang gila sahaja yang buat macam tu ... Hehe :D
Dalam hidup ni , jangan lah cakap kita tak ada pilihan . Benda buruk sahaja yang tidak menawarkan pilihan yang baik . Pilihan ke jalan ALLAH kadang-kadang memerlukan kita berfikir . Tatkala kita ada ditawarkan 2 pilihan ; tidak ke jalan ALLAH , kita perlu berfikir , dalam hal ini jalan apa yang menuju KEREDHAAN ALLAH ? Pasti ada . Tak mungkin tiada . Apa yang perlu ialah BERFIKIR . ALLAH bagi kita akal ; kelebihan manusia berbanding makhluk lain , jadi gunakan :)

Maka ....
PILIHLAH PILIHAN KE-EMPAT . INSYAALLAH ...OBJEKTIF HIDUP KITA AKAN TERCAPAI :)
PEACE (Y)